"Nilai manusia adalah semahal nilai matlamatnya" ( Marcus Aurelius)
Barisan Pentadbiran SMKBA 2012
Tn. Hj. Mahadi B. Hj. Sidek
(Pengetua)
Tn. Hj. Mohd Thani B.Abdullah
(PK1)
Pn.Aini Bt Rahman
(PK Koku)
Pn.Sabariah Bt Allang
(PK HEM)
En. Ruslan Bin Khalid
(PK T6)
Pn. Mahrusah Bt Harun
(GK Sains )
Pn. Roziah Bt Mansor
(GK Tekvok)
Hjh. Haslin Mazida Bt Abd Gani
(GK Bahasa)
Pn. Halida Bt Baharum
(GK Kemanusiaan)
Data@SMKBA
Guru Bertugas
Guru Bertugas 19.03-23.03.2012
Pn.Azizah Binti Wan Chik, Cik Fazliana Rashida Bt Abdul Rahman,Pn..Wan Amna Binti Wan Abdullah, Cik Lim Yiet Im, DAN Cik Masita Binti Ramli
Berita
PERTUKARAN SEKOLAH DAN JURUSAN TING 6
Sebarang urusan pertukaran sekolah dan pertukaran jurusan bagi pelajar Ting 6 Bawah hanya boleh dilakukan setelah 2 minggu dari tarikh pendaftaran minggu orientasi.
Tarikh urusan perukaran sekolah dan jurusan adalah pada 21 Mei 2012 (Isnin). Tarikh tutup pertukaran jurusan adalah pada 23 Jun 2012.
RAYUAN UMUM UNTUK MEMASUKI TINGKATAN ENAM BAWAH 2012
1. Borang T6BRU ini adalah untuk CALON SEKOLAH yang layak memasuki Tingkatan Enam Bawah 2012 di sekolah menengah bantuan penuh kerajaan tetapi tidak ditawarkan atau tidak dapat melapor diri atas sebab kesihatan atau menolak tawaran ke Matrikulasi / IPTA / IPTS atau sebab-sebab lain yang menghalang calon meneruskan pengajian di Tingkatan Enam.
2. Umur calon tidak melebihi 20 tahun dan tidak kurang daripada 17 tahun pada 1 Januari 2012
3. Jabatan Pelajaran Negeri tertakluk kepada kekosongan tempat belajar dan jurusan mengikut kelayakan calon.
4. Semua rayuan yang diterima lewat daripada 16 Jun 2012 tidak akan dipertimbangkan .
PENGAMBILAN CALON SPM ULANGAN 2011 KE TINGKATAN ENAM ATAS 2012
1. Calon yang telah memperoleh kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu SPM Ulangan 2011 bolehlah memohon masuk ke Tingkatan Enam Atas 2012 dengan memohon terus ke Jabatan Pelajaran Negeri berkenaan.
2. Kelulusan permohonan hendaklah memenuhi semua syarat berikut :
2.1. Umur tidak melebihi 21 tahun pada 1 Januari 2012.
2.2. a. Memenuhi syarat kelayakan akademik seperti di Lampiran A :
ATAU
b. Bagi calon sekolah kerajaan yang memohon atas kelonggaran syarat dengan rekod kegiatan kokurikulum yang cemerlang, permohonan perlu dihantar melalui pengetua sekolah di mana calon mengambil peperiksaan SPM.
2.3 Masih terdapat kekosongan tempat belajar dalam jurusan yang dipohon berdasarkan pakej mata pelajaran yang diikuti di sekolah asal.
2.4. Calon-calon hendaklah mengemukakan rekod persekolahan bahawa mereka telah belajar di Tingkatan 6 Bawah 2011 di sekolah persendirian / swasta / pusat tusyen berdaftar.
3. Tarikh tutup permohonan adalah dua (2) minggu selepas pengumuman keputusan peperiksaan SPM Ulangan 2011.
PENGAMBILAN CALON STPM 2011 SEKOLAH BANTUAN PENUH KERAJAAN UNTUK MENGULANG BELAJAR DI TINGKATAN ENAM ATAS 2012
1. Calon sekolah kerajaan yang telah menduduki peperiksaan STPM 2011 tetapi ingin mengulang belajar di Tingkatan Enam Atas hendaklah membuat permohonan melalui pengetua sekolah.
Jabatan Pelajaran Negeri berkenaan hendaklah mempertimbangkan permohonan berdasarkan syarat-syarat berikut:-
1.1 Umur tidak melebihi 21 tahun pada 1 Januari 2012;
1.2 Memperoleh keputusan STPM 2011 dengan mendapat dua ( 2 ) mata pelajaran Lulus Sebahagian (Gred C-, D+ dan D) sahaja atau mendapat satu mata pelajaran Lulus Penuh (Gred A, A-, B+, B, B-, C+ dan C) dan satu mata pelajaran Lulus Sebahagian (Gred C-, D+ dan D) sahaja;
1.3 Masih berkesempatan untuk mendaftarkan diri bagi mengambil peperiksaan STPM 2012 sebagai calon sekolah;
1.4 Masih terdapat kekosongan tempat belajar di sekolah yang mempunyai Tingkatan Enam dalam negeri berkenaan; dan
1.5 Mendapat sokongan dan persetujuan pengetua sekolah pusat Tingkatan
Enam asal murid berdasarkan rekod disiplin murid.
2. Kelulusan bolehlah diberi terus oleh Jabatan Pelajaran Negeri jika pemohon memenuhi semua syarat di atas.
3. Tarikh tutup permohonan adalah selewat-lewatnya dua (2) minggu selepas tarikh keputusan STPM diumumkan.
RAYUAN CALON SEKOLAH UNTUK MEMASUKI TINGKATAN ENAM BAWAH 2012 BERDASARKAN KELONGGARAN ATAS PENGLIBATAN KOKURIKULUM
1. Calon sekolah yang tidak ditawarkan ke Tingkatan Enam Bawah 2012 boleh membuat rayuan ke Jabatan Pelajaran Negeri berkenaan melalui pengetua sekolah asal murid dengan menggunakan borang T6BKK mulai 7 Mei 2012 dan borang permohonan hendaklah dihantar ke Jabatan Pelajaran Negeri selewat-lewatnya 16 Jun 2012.
2. Pertimbangan kelonggaran akan hanya mengambilkira penglibatan kegiatan kokurikulum pemohon dalam bentuk rekod bertulis seperti dalam Jadual pada Lampiran C 1 dan C 2.
3. Umur calon tidak melebihi 20 tahun dan tidak kurang daripada 17 tahun pada 1 Januari 2012
4. Mendapat sokongan penuh daripada pengetua sekolah di mana murid mengambil peperiksaan SPM, termasuk perakuan rekod disiplin yang baik.
5. Kelulusan Jabatan Pelajaran Negeri tertakluk kepada kekosongan tempat belajar dalam jurusan yang dipohon.
6. Semua rayuan yang diterima lewat daripada 16 Jun 2012 tidak akan dipertimbangkan .
GARIS PANDUAN PENEMPATAN MURID TINGKATAN ENAM BAWAH 2012
1). Murid hendaklah melapor diri pada hari pertama persekolahan Tingkatan Enam Bawah 2012. Jika terdapat juga murid yang lewat melapor diri, terpulang kepada budi bicara pihak Jabatan Pelajaran Negeri untuk menerima murid berkenaan sekiranya sebab-sebab kelewatan adalah munasabah dan dimaklumkan dalam tempoh 7 hari bekerja dari tarikh lapor diri.
2). Calon yang sedang menunggu tawaran masuk ke program-program tertentu di bawah rancangan bersama kerajaan seperti program Matrikulasi, Persiapan ke Seberang Laut dan sebagainya, mesti melapor diri dahulu ke Tingkatan Enam Bawah sehingga mendapat pengesahan tawaran berkenaan.
3). Calon-calon yang sedang mengikuti Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) Fasa 2 dan Fasa 3 hendaklah mendaftarkan diri di sekolah yang ditempatkan tidak lewat dari 7 hari bekerja. Bagi pelajar telah mendaftar ke tingkatan 6 tidak dibenarkan mengikuti Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) sehingga tamat STPM 2013. Pelajar dinasihatkan membuat permohonan penangguhan kepada pihak Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN).
FORMAT SMS
UNTUK MENYEMAK STATUS TAWARAN
KE TINGKATAN ENAM BAWAH DI SEKOLAH MENENGAH BANTUAN PENUH KERAJAAN (SEKOLAH HARIAN BIASA)
1. Mesej yang dihantar
T6 (jarak) KP (jarak) NOKP
Contoh 1:T6 KP 880402015068
atau
T6 (jarak) AG (jarak) AGILIRAN
Contoh 2:T6 AG JD017A146
2. Mesej yang diterima
i. Format mesej jika layak/berjaya ke Tingkatan Enam Bawah (data ada)
• Tidak lebih daripada 150 huruf termasuk space.
• reserve 45 huruf untuk nama dan 11 huruf untuk jurusan ditawarkan.
• RM0.20 (JARAK) MOE (JARAK) T6 (JARAK) TAHNIAH! (JARAK) NAMA MURID,(JARAK) ANDA LAYAK KE TING 6 BAWAH JURUSAN (JARAK). MAKLUMAT LANJUT DI www.moe.gov.my
Contoh 1 :
RM0.20_MOE_T6 TAHNIAH! AHMAD MUSTAQIM BIN AZMI, ANDA LAYAK KE TING 6 BWH JURUSAN SAINS. MAKLUMAT LANJUT DI www.moe.gov.my
Contoh 2 :
RM0.20_MOE_T6 TAHNIAH! MONIQA A/P A SAIMAN, ANDA LAYAK KE TING 6 BWH JURUSAN KEMANUSIAAN. MAKLUMAT LANJUT DI www.moe.gov.my
RM0.20_MOE_T6 TAHNIAH! NUR ATIQAH BT ZAKARIA, ANDA LAYAK KE TING 6 BWH JURUSAN AGAMA. MAKLUMAT LANJUT DI www.moe.gov.my
Syarat Am
a). Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2012 dengan mendapat sekurang-kurangnya kepujian bagi mata pelajaran Bahasa Melayu
b). Berumur di antara 17 hingga 20 tahun. (21 tahun bagi calon mengulang) pada 1 Januari tahun 2012
Syarat Khas
1). JURUSAN SAINS
Mendapat sekurang-kurangnya TIGA Kepujian dengan jumlah mata gred tidak melebihi 16 unit bagi 3 mata pelajaran berikut:
Matematik/Matematik Tambahan
Fizik
Kimia
Biologi
Lukisan Kejuruteraan/Pengajian Kejuruteraan Mekanikal/Awam/Elektrik & Elektronik/Rekacipta/Teknologi Kejuruteraan/Teknologi Maklumat/Pengajian Agroteknologi
Pengurusan Makanan/Pengajian Pakaian
2).JURUSAN KEMANUSIAAN
Mendapat sekurang-kurangnya TIGA kepujian dengan jumlah mata gred tidak melebihi 12 unit bagi 3 mata pelajaran berikut:
Bahasa Melayu
Bahasa Inggeris
Kesusteraan Melayu/Inggeris
Sejarah
Geografi/Pendidikan Seni Visual/Komunikasi Visual/Seni Halus/Seni Tari/Muzik/ Reka Bentuk
Pendidikan Islam/Moral
Matematik/Matematik Tambahan
Prinsip Perakaunan
Sains/Sains Tambahan/Applied Science
Salah satu mata pelajaran Teknik/Vokasional/Mata Pelajaran Vokasional (MPV)
Tasawwur Islam/Pendidikan Al Quran dan Al Sunnah/Pendidikan Syariah Islamiah
Bahasa Arab Tinggi/Bahasa Arab (Komunikasi)/Bahasa Cina/Bahasa Tamil/Bahasa Iban/Bahasa Kadazan Dusun
Sains Pertanian/Perdagangan/Ekonomi Asas/Ekonomi Rumah Tangga/Sains Sukan.
Tahniah kepada semua guru Tingkatan Enam termasuk juga semua guru yang mengajar Tingkatan Enam kerana berjaya mencipta sejarah mencapai kelulusan STPM 100% bagi peperiksaan STPM 2011.
PENAFIAN: SMK Buyong Adil tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat daripada laman ini